Persediaan Menyambut Ramadhan  

Posted in

Sedar tak sedar bulan Ramadhan akan datang lagi..Insyaallah kita akan berpuasa lagi pada tahun ini...
Diharapkan Ramadhan kali ni memberikan kita banyak peluang untuk menambahkan amal..Insyaallah...amin..Kepada semua selamat berpuasa....


Persediaan Menyambut Ramadhan ..
Oleh Aini
2005-09-21 16:20:54
IP : 219.95.34.137


Persediaan kita menyambut Ramadhan AlMubarak 1426Hijrah.
'SELAMAT DATANG RAMADHAN AL-MUBARAK'
Sejarah Ramadhan
1) Ramadhan: ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan
berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000
bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran)

Kelebihan Bulan Ramadhan
1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia
terlepas
dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberatan
3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8) Memberi buka banyak pahala
9) Bulan keampunan
- doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
- juga doa pada sepertiga malam.
10)10 hari pertama adalah mulanya rahmat,
10 hari pertengahan - pengampunan,
10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Amalan-amalan di bulan Ramadhan
1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat
bangun
malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10)Sahur diwaktu akhir
11)Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas
dan
tutup sahur dengan air susu
12)Mandi Janabat sebelum Imsak
13)Kurangkan tidur
14)Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15)Tunaikan Solat Dhuha
16)Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17)Tunaikan solat Rawatib
18)Jaga pacaindera
19)Elakkan gosok gigi pd waktu petang
20)hadiri majlis ilmu
21)Buat baik pd ibubapa
22)Isteri hendaklah taat pd suami
23)Banyakkan bersedekah
24)Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
25)Berbuka bersama org tua
26)Jemput tetamu berbuka
27)Kurangkan berat badan
28)Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29)Baiki hubungan suami isteri
30)Baiki hubungan jiran
31)Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32)Elakkan berbelanja berlebihan
33)Kuatkan kesabaran
34)Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35)Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36)Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
37)Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu
38)Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
39)Berdoa dgn nada lembut dan merayu
40)Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri
41)Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
42)Melazimkan solat waktu
43)Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44)Elakkan banyak berhutang
45)Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu
lagi dengan Ramadhan akan datang
46)Tunaikan zakat fitrah

Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)
1) Kepada Orang Tua Lemah
Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di
masjid/surau,ini sudah dikira beramal Al Qadar
2) Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang
- Baca ayat akhir surah Al Baqarah
- Baca ayat Kursi
- Baca surah Yaasin
- Baca surah Al Zalazah
- Baca surah Al Qafirun
- Baca surah Al Ikhlas
3)Bagi orang yamg kuat dan cergas
- Bangunkan isteri dan anak
- Mandi
- Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan
baca
Al Quran
NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )
- Tarikh turunnya Al Quran
- Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal2 yg baik

Cara Sambut Hari Raya
Jangan sekali2 disambut dgn hiburan, mercun, pesta lampu dan berbagai
kemungkaran dan kemaksiatan,Pada petang akhir Ramadhan org2 yg
meninggal
(sudah mati) menangis kerana peluang untukberehat telah berakhir.
Adalah di
cadangkan semoga keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan
atau
jika kuburnya jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat Asar.
Semoga mereka diampuni.Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh
orang yg
meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak2nya dan berdiri di
pintu
rumah memohon belas kasihan drpd anak2 mengirimkan bacaan doa,
sekurang2nya
Al Fatihah sekali utk mereka Oleh itu janganlah terlalu gembira dan
ingatlah org2 tua yg sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita
maka
anak2 akan ingat kpd kita

Takbir Di Malam Raya
Takbir sebenarnya mempunyai cerita di sebaliknya. Mengikut riwayat,
bermula dari peperangan Ahzab. Peperangan berlaku di dalam musim sejuk,
kemudian Salman Al Farisi mencadangkan supaya di gali parit (Khandak)
di
akhirnya peperangan ini di beri pertolongan oleh Allah dan kemudian
dirakamkan di dalam Takbir.

Kesimpulannya
Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik2 bulan, penuh
keberkatan, pengajaran, mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dgn
amalan-amalan untuk mendekatkan diri kpd Allah dan hubungan sesama
manusia. Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya ia benar2 mengubah
sikap yg baik dan seterusnya menjadi insan yg soleh/solehah. Semoga
dipertemukan di Ramadhan yang akan datang.

*Doa utk menghilangkan baran, maklumlah waktu lapar memang lekas naik
angin....
Rujuk kepada Surah Al-Anbiyakk ayat ke 69. Sebelum minum baca doa dan
tiupkan pada air (utk diri sendiri,anak,suami dll). Insyaallah cuba
amalkan. Wallahua'llam.



>>>Read More>>>

Samak Blog?  

Posted in

Kena samak blog ke?Bila gambar mahluk ni aku tempek dalam posting erk..hihi kompius...siapa boleh jawab
Bukan ape saja nak share..dulu burung kena selsema sekarang ni babi pulak..Lama dah babi kena selsema tak baik-baik lagi..banyak dah institut pengajian ditutup di sebabkan penularan wabak ni..(dalam hati bila lah pulak hospital nak tutup nie..hihi).Mungkin ramai yang dah sedar ke wujudan wabak ni..mana tidak nya hari-hari dalam berita sebut pasal H1N1..atau nama saintifiknya selsema babi.


Serius kah wabak ini?

Apakah Selesema Babi?
Selesema babi adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.

Adakah Virus Ini Berjangkit?
CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.

Apakah Tanda-tanda dan Simptom Demam Babi Terhadap Manusia?
Simptom selesema babi ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.

Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.

Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema?
Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit.

Apakah Kawasan-kawasan Yang Berkemungkinan Sebagai Tempat Yang Dicemari?
Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh sesuatu yang dicemari dengan kuman dan menyentuh pula mata, mulut dan hidung mereka. Titisan rembesan dari batuk dan bersin dari mereka yang dijangkiti boleh bergerak melalui udara. Kuman boleh merebak apabila seseorang itu menyentuh titisan rembesan batuk dan bersin dari seorang di atas permukaan seperti meja dan permukaan lain dan menyentuh mata, mulut dan hidung sebelum membasuh tangan mereka.

Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?
Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema.

Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:

* Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.

* Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.

* Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.

* Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.

Jika anda sakit anda perlu:-

* Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan;

* Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit.

>>>Read More>>>

Kalau Ye Pun Sayang...  

Posted in

Kalau yer pun sayang jangan lah terlalu cemburu..Kenapa aku kata macam tu?
hehehe tadi entah hamba Allah mana msg aku marah-marah tanya "why your number phone ada dalam my husband punya handphone? apa hubungan you dengan dia?"huhuhu

Terkejut giler aku bila orang kata macam tu..Aku kacau laki orang ker?


Seingat aku tak pernah pun...
Nak bermessage dengan lelaki pun susah, ni kan pulak dah ada affair dengan laki orang...oh tidak..
Kita orang perempuan ni pun jalan lah cemburu buta..ada bukti ker nak syak suami kita ada affair dengan perempuan lain..Salah ke dia nak save no perempuan pun..mana tau rakan sekerja ker
Lagi satu yang aku tak faham..tak kan lah tak bagi laki kita kawan dengan perempuan langsung..
bosan giler hidup dia..kalau kita duk asik, itu tak boleh! ini tak boleh!..tension..
alang-alang dia tak buat, tapi kita duk kate, dia buat sungguh baru rasa..masa tu padanlah muka kita..sapa yang salah???Lu pikir lah sendiri..
Cemburu pun biar kena tempat..
*p/s untuk semua: Jagalah suami anda elok-elok sebelum dia cari yang lain...hihihi

>>>Read More>>>

Reborn- Time to Change  

Posted in

Rasa sudah sampai masa nya untuk aku mengubah segala yang ada di dalam blog yang sememangnya tak seberapa ni.Semua post before this aku dah delete all,sudah jangan di cari lagi.
Bukan patah hati,cuma inginkan sesuatu yang baru dan untuk penambah baikkan.untuk mencari identiti baru.

Hope after this aku dan blog ni menjadi sesuatu itu..bukan untuk mencari nama cukup sekadar penghias dunia blogger.Yang pasti untuk menjadi satu antara berjuta adalah sangat mustahil.

Kepada siapa yang masih tak kenal siapa aku. Just nice to know my name is Suzie.Now i'm stay at Bertam,Penang.Nothing speacial about me but so proud to say i'm a nurse.

No body perfect in the world...some time we should sharing and caring but for some time we should think about our self before others.It about my life and every thing i see and saw.Too hard to find what in the mine.


What ever you are..just go for it

>>>Read More>>>

Teluk Senangin With My Friends  

Posted in

Sayang rasa nak buang gambar masa kat senangin ni.Penat model kita cik akmal berposing..So aku upload balik..
Just p sana untuk photo shoot dengan Dzack.Aku nie just macam second tukang jer lah..sebab tak reti bahasa DSLR..
Dulu masa sekolah rasa nye budak akmal ni susah sungguh kalau nak suh amik gambar even ayah dia ada kedai gambar..ermmm zaman dah berubah dunia makin maju.Rasanya sangat lama tak jumpe diorang sume after SPM,yer lah masing- masing dah bawak haluan sendiri,termasuk lah aku yang tercampak kat penang ni..ni pun kira tak lah tercampak jauh sangat still boleh balik kampung lagi..hihi

Tak ade kaitan dengan topik yang di perkatakan...merepek ..merapu..meraban..






>>>Read More>>>

Contributors

My photo
Kepala Batas, Penang, Malaysia

PoLL iT



Recent Comments

my point of view

my point of view
Terima Kasih Kepada Yang Pernah Singgah Menjenguk Ke sini tak kesah dari mana kamu berasal dan dari mana kamu datang.Thazz

From My View

From My View

Followme

You Are Allow