Gerimis Di Lautan  

Posted in


Tak ada related dengan tajuk pun..cuma masa tengah menaip dalam kotak blog lagu tu yang playing...so layan jer..hari hujan pulak kat luar..Baru lepas berbuka alhamdullilah ada rezeki hari ni..Rindu sangat kat kampung.After last month sibuk dengan seminar and kursus.May this weekend boleh balik.Insyallah..

sapa nak free software photoscape? bagi emel...

>>>Read More>>>

Bila Hang dot dot...  

Posted in

Bila hang nak kahwin?
Kawan hang dah kahwin..hang bila lagi?
Bila nak bagi kad?


waaaaaaaaa sangat stress gan soalan-soalan serupa semacam itu ..macam nak penyepak jer orang yang tanya soalan tu..huhuhu aku jahit mulut korang nanti baru padan..

stress..stresss...stress...macam red ball tu..sian kat dia kan?

hahaha tapi nak suke pun ada..coz ramai orang amik berat,mana tak nyer g mana-mana pun tak jumpe lama sikit sure dah,orang akan tanya soklan tu..awat aku ni dah tua sangat ker?..huhu
Maybe kat luar sana ada ramai lagi si bujang- si bujang yang mengalami nasib yang sama macam aku ni..(masaalah serius) hahaha...sabar jer lah...

Apa perasaan korang erk kalau dapat soklan bercepuk macam tu .apa korang nak jawab?

"Di antara tanda-tanda kekuasaan Allah
ialah Dia menjadikan untuk kamu dari diri-diri kamu sendiri
jodoh-jodoh supaya kamu dapat tenang dengan jodoh itu;
dan Dia telah menjadikan di antara kamu cinta dan kasih sayang"

(Surah ar Rum ayat 21)

Untuk semua..insyallah ada jodoh ada rezeki aku kahwin gak satu hari nanti...Bila tu tunggu jer lah...insyallah...doakan aku ye..


Lelaki idaman saya adalah…
Seorang lelaki yang beriman…
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah s.w.t…
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam…
Yang sentiasa haus dengan ilmu…
Yang sentiasa dahaga akan pahala…
Yang solatnya adalah maruah dirinya…
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar…
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu…
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah s.w.t…



>>>Read More>>>

Lelaki kawin 3 baru lah sah  

Posted in

CERITA BENAR

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah
Isteri : Kenapa pula?
Suami : Cuba terjemahkan ke
dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one,"dua" is two, "tiga" isteri (is three). Baru betul dan sah!.
Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang
"singular" dan "plural"
Suami : Berkenaan apa tu?
Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih Plural"
Suami : Contohnya?
Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa
bezanya?
Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural
Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang
Suami : Macam mana pula boleh sama?
Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural,
maka...

abang MAMPUS, tambah "s" je, kan ?

Lepas daripada tu, si suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya
untuk berkahwin lagi.

*p/s: senyum sorang-sorang baca cerita ni..untuk mana-mana lelaki yang terpikir nak kawin lagi tu pikir2 lah erk...huhuhu..

>>>Read More>>>

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !  

Posted in

Betapa nyenyaknya tidur malam kita dan alangkah mudahnya kerdipan mata dibuka di pagi hari sangat aman dan penuh kedamaian..

Begitu mudah untuk makan dan minum.Begitu selesa mengirup udara pagi... bebas terbang mencari rezeki tanpa halangan.

Menyanyi riang, gelak ketawa dan senyuman memekar setiap masa..

Alangkah bertuahnya kita berpijak di bumi merdeka menjunjung langit Malaysia.


Namun mahukah kita hancurkan semua yang ada di depan mata kita sekarang? Pabila mata dipejamkan dan dibuka semula ia hancur lenyap sekelip mata... Mana hilang keaman itu? Usah di tanya jika ia sudah pergi..hilang kerana tangan-tangan manusia..

Apakah erti kermerdekaan yang sebenar??
Adakah cukup sekadar laungan..
Merdeka!Merdeka!Merdeka!
Renungakan lah....

* Poll: 31 Ogos dengan hari-hari lain adakah perbezaan? or sama jer tak ada apa-apa perasaan? hope kita boleh kongsi...Tq



>>>Read More>>>

Apa Nak Post Hari Ini?  

Posted in

Sebenarnya aku sendiri tak tahu nak post apa hari ni..Nak cerita my daily routine, sapalah nak baca...bukannya artis or auther yang sangat terrer mengayat sampai orang terpukau..
Atau pun ahli sihir yang boleh buat magic tarik semua traffic ke blog aku ni..

Sejak beberapa hari nie..tetap memikirkan apa yang patut di post untuk menambah muka surat di blog.
Sedang jari jemari aku menaip ni..kat luar hujan turun dengan lebatnya...then budak-budak kat belakang bilik aku nie melalak panggil hujan gamaknya..

After 2 days balik dari Nursing Conference kat Gurney Hotel Penang, aku kemas-kemas lah beg sebab nak p Biro Tata Negara kat Pulau Langkawi pulak esok. Rasa macam ada lagi barang yang tertinggal...dengan bilik yang berserabut lantaklah...Masa tengah mengemas tu..aku jumpe...



Jumpa buku lah..hiihiii... bila entah last aku baca, rasa before p penang last week..One sentence from this book yang sangat memberi kesan "Be an Ordinary Millionare Living in an Oridinary World"

Tentu anda ingin tahu:-
Bagaimana individu biasa yang mempunyai pendapatan biasa-biasa sahaja mampu menjadi jutawan?
So my suggestion beli lah buku ni..murah jer RM 12.90 then kalau beli kat popular boleh dapat diskaun 10 % as you are members.hihihi...

>>>Read More>>>

Contributors

My photo
Kepala Batas, Penang, Malaysia

PoLL iT



Recent Comments

my point of view

my point of view
Terima Kasih Kepada Yang Pernah Singgah Menjenguk Ke sini tak kesah dari mana kamu berasal dan dari mana kamu datang.Thazz

From My View

From My View

Followme

You Are Allow