Pergi Tak Kembali  

Posted in

Sering kali menghadap saat-saat kematian orang , aku jadi terbiasa..dalam hati cuma terdetik sudah sampai ajal dia masa kita tak tahu lagi entah esok entah lusa..kita tak berhak menghalang,semua sudah tertulis.Itu mungkin setahun yang lepas sebelum aku di tempatkan di unit rawatan kemoterapi bagi pesakit-pesakit kanser.Dulu aku boleh mengawal perasaan menahan sebak menguruskan pesakit sebelum menemui ajal.Tapi hari ni aku menangis menghadap kematian seseorang..Ibu muda yang mengidap kanser payudara.Tidak siapa sangka dia penghidap kanser..Seorang yang sangat aktif dan mempunyai semangat yang kuat untuk melawan sakitnya..Setahun aku mengenali beliau dan hari ini beliau telah pergi untuk selama-lamanya..Banyak kenangan bersama pesakit-pesakit kanser yang buat aku sedar sesuatu yang biarlah menjadi rahsia di hati.

Al-Fatihah untuk arwah..

8 Tindak Balas

kerja macam tu kena la tahan kan..huhu

tahan tu memang kena tahan..tapi dalam hati sapa yang tahu..al-fatihah

trauma gak kalau org kita kenal ni tba2 dah meninggal...lama2 ok kot keja bhgn ni

saya seronok bekerja di unit ni..hubungan antara staf dengan patient lebih close..kita bukan setakat kenal pesakit tu sendiri tapi seluruh ahli keluarga dia kami dah anggap macam adik beradik..

kje yg mulia kan...syg nyer aku tak dpt nk truskan kjaya ni...

kerja yang sangat mulia..
teruskan menjadi insan yang berdidikasi dan mesra dengan pesakit.
walaupun nak tahu juga pasal arwah tapi biarlah..itu dah jadi rahsia awak dengan dia. Semoga keluarga arwah tabah menghadapi ketentuanNya

tak ada rahsia antara kami..cuma beliau seorang cikgu,ibu muda yang sangat periang...yang sentiasa tersenyum...seorang yang sangat tabah menghadap ujian tuhan..cuma yg menjadi rahsia adalah apa yang aku rasa bila bersama pesakit2 kanser tu buatkan aku sedar hidup kita ni sangat singkat.

anda mungkin sedar. tp adakah org lain menyedari kesedaran anda itu??

p/s : singgah blog sy k, da ucapan raya n leave ur comment tok entry Selamat Hari Raya tu k~

Post a Comment

Contributors

My photo
Kepala Batas, Penang, Malaysia

PoLL iT



Recent Comments

my point of view

my point of view
Terima Kasih Kepada Yang Pernah Singgah Menjenguk Ke sini tak kesah dari mana kamu berasal dan dari mana kamu datang.Thazz

From My View

From My View

Followme

You Are Allow